Adat Batak ( Culture Of Batak )

Adat Batak ( Culture Of Batak )

ATTENTION ! ! !

SELURUH DATA MERUPAKAN PEMILAHAN DATA YANG TELAH TERJAMIN KEBERADAANNYA

Selasa, 30 Juni 2009

KOSMOLOGI MOYANG MASYARAKAT BATAK

KOSMOLOGI MOYANG MASYARAKAT BATAK: "KOSMOLOGI MOYANG MASYARAKAT BATAK

* From: 'gatho' <gatholoyo@xxxxxxxxx>
* Date: 24 Feb 2006 01:44:48 -0800

Sumber : Budaya Batak

KOSMOLOGI MOYANG MASYARAKAT BATAK

BAGIAN 1
Kehadiran budaya Hindu sekitar abad pertama disusul dengan kedatangan
agama Buddha yang bersinskrit dengan agama Hindu dan kepercayaan
lokal. Kemasukan Islam pada persekitaran abad ke 8 hingga 13 makin
merencahkan lagi agama masyarakat Batak dan Sumatra umumnya, yang sudah
sedia bersinskrit dengan unsur-unsur lokal, Hinduisme dan Buddhoisme.
Hasilnya, lahirlah ADAT, fenomena yang penting dalam kehidupan
masyarakat Batak berbanding epistomologi agama. Adalah tidak
keterlaluan untuk dinyatakan bahawa masyarakat Batak secara umumnya
memperoleh hampir kesemua fahaman spiritualnya dari India, terutamanya
Hinduisme. Faham Hindu - Batak (pengadunan Hinduisme dengan kepercyaan
lokal) kemudiannya merebak ke tempat-tempat lain di Indoensia.
Kata LOEB, antara beberapa elemen Hindu yang terdapat dalam kepercayaan
Batak ialah ide PENCIPTA dan CIPTAAN, stratifikasi surga (LANGIT),
kebangkitan surga (langit), nasib atau kedudukan roh selepas seseorang
meninggal dunia, pengorbanan binatang, dan shamanisme (trans atau
rasuk). Faham spiritual masyarakat Batak membagi alam - dunia kosmos
(secara kosmologi dan kosmogoni) menjadi 3 bagian yang meliputi alam
Tuhan (kedewaan) sampai konsep roh meliputi kepercayaan tentang hantu,
iblis dan nenek moyang. Stratifikasi faham tersebut mirip salah satu
dari faham Hindu.
1. Bagian atas adalah tempat Tuhan dan Dewa.
2 Bagian tengah (dunia) untuk manusia
3 Bagian bawah (bawah bumi) untuk si 'mati': hantu, syaitan, iblis
dan sebagainya.
Masyarakat Batak mempercayai pemahaman banyak Tuhan. Tuhan yang paling
agung atau tertinggi ialah 'Mula Djadi Na Bolon' - permulaan awal
dan maha, atau 'Dia yang mempunyai permulaan dalam diri-Nya'.
Konsep ini mempunyai persamaan dengan konsep 'Brahman' atau Kala
Purusha Hindu. 'Mula djadi na bolon' berbentuk personal bagi
masyarakat Batak dan tinggal di surga. Ia juga memiliki
atribut-atribut 'maha kebal' (immortality) dan 'maha kuasa'
(omnipotence), justru berupa pencipta segalanya dalam alam termasuk
Tuhan. Artinya 'Mula djadi na bolon' maha HADIR pada segala
ciptaan.
Dengan konsep Mula djadi na bolon - Tuhan Yang Maha Besar, masyarakat
Batak secara pragmatik akrab dengan konsep Debata na tolu (TIGA TUHAN)
atau apa yang dipanggil Tri-Murti atau Trinity dalam kosmologi Hindu.
Tiga pribadi dari Debata Na Tolu ialah BATARA GURU, SORIPATA dan
MANGALABULAN. Batara Guru disamakan dengan Mahadewa (Shiva) sedang
Soripata disamakan dengan Maha Vishnu. Namun Mangalabulan mempunyai
sejarah kelahiran yang agak kabur dan tidak menunjukkan adanya
persamaan dengan imej-imej kosmologi Hindu.

BERSAMBUNG......"

Tidak ada komentar: